Saturday 24 November 2012

Meraih pahala melalui FACEBOOK


Facebook adalah sebuah tapak web rangkaian sosial yang dikendali dan dimiliki secara persendirian oleh facebook . Tajuk ini bukanlah menggalakkan kita untuk terus berfacebook kerana termotivasi dengan terma 'pahala' . Ia cuma sebagai pendorong kepada kita untuk memanfaatkan masa yang terluang semasa berfacebook untuk memperoleh pahala dariNya . 

1. Facebook chat 

Berbual menggunakan facebook chat sememangnya menyeronokkan . Sahabat yang jauh terasa dekat . Masa yang lama terasa singkat . Tambahan pula , dengan adanya video call , seakan terlekat tubuh di hadapan komputer . Lepas seorang , seorang lagi . Hingga larut malam . Adalah lebih baik jika chating itu terisi dengan perkongsian ilmu yang bermanfaat . Boleh jadi ia perbincangan masalah dalam pembelajaran , perbincangan isu-isu agama ataupun sekadar bualan bagi mengeratkan ukhuwah . 


2. Status 

Terkadang rasa lucu , geram , keliru , hairan dan seronok melihat ragam status rakan-rakan facebook setiap hari . Ada yang jenis update status setiap jam . Ada yang suka meluahkan perasaan selepas putus cinta . Ada yang meluahkan kemarahan di facebook . Tidak kurang juga , ada yang bergaduh , saling perli-memerli . Bagi yang membaca status , jari-jemari ligat menekan like . Ada juga yang menulis status  dan mengharapkan like yang banyak . Like yang banyak mungkin suatu kepuasan buat dirinya . Tulislah status yang bermanfaat , diletakkan link ceramah agama dari Youtube , ataupun sekurang-kurangnya video-video yang menarik , lucu dan berunsur nasihat dari blogger terkenal Malaysia dari Mat Luthfi , Anwar Hadi atau Aiman Azlan . Boleh juga upload gambar-gambar yang bermanfaat , design testi yang menarik dari ILuvIslam , lukisan dari Rusydee Artz , komik Islamik dari MFR Studio dan juga komik dakwah online . 


3. Group 

Kadangkala , aplikasi group ini agak menyerabutkan . Apabila semuanya agak mudah dalam Facebook ini , maka makin ramai yang membuat group . Lalu di add masuk ramai orang kedalamnya . Kadangkala , tidak pernah diminta untuk masuk ke group itu , tahu-tahu sudah di add masuk . Cuba turut serta dalam perbincangan group dan lontarkan pandangan , ilmu mahupun komen kita sendiri . Usah sekadar menjadi 'silent reader' (tuju kepada diri sendiri juga) kerana kadangkala kefahaman kita terhadap sesuatu isu mungkin tersasar dari maksud sebenar . Jadi , dengan mengemukakan pandangan mahupun komen , kefahaman kita mungkin lebih jelas . 


4. Share

Gunakan kemudahan share untuk berkongsi notes dan status rakan-rakan yang bermanfaat . Adalah lebih baik berkongsi status ilmuan-ilmuan agama kita seperti Ustaz Zaharuddin , Ustaz Hasrizal dan Ustaz Azhar Idrus ataupun status motivasi dari Prof Dr Muhaya , Wardina Safiyyah dan lain-lain . 


5. Notes

Kemudahan aplikasi notes di facebook wajar diguna sebaiknya untuk dakwah . Apa sahaja yang anda peroleh dari pembacaan anda , ringkaskan dan letak di notes dan tag seramai mungkin rakan-rakan anda . Kita sudah ada majalah Solusi , Tarbawi , GenQ , Fardu Ain , Majalah i , Q & A dan lain-lain . Malaysia sudah kebanjiran dengan majalah-majalah agama . Manfaatkannya untuk mengutip dan menyebarkan seberapa mutiara ilmu di dalamnya . Apa yang penting , pastikan apa yang kita peroleh dari pembacaan perlu dari sumber yang tepat dan bukannya mesej berantai , risalah-risalah yang entah dari mana sumbernya dan emel yang tiada asasnya . Tidak pasti ? Rujuklah individu yang lebih arif . 


Mudahnya mendapat manfaat dan pahala dari Facebook . Ingatlah , Facebook bukanlah segala-galanya dalam hidup anda , namun anda boleh menjadi lebih bermakna dengan manfaat dari Facebook . Bahagi masa anda dengan sebaiknya . Semoga manfaat yang kita peroleh mampu menjadi bekal kita di sana nanti . Wallahu'alam 

#artikel ini dipetik dari ILuvIslam.Com

Thursday 15 November 2012

Aurat wanita dari Al-Quran dan Hadis

Assalamualaikum ... 


Sebagai gambar hiasan 

''Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka dari melihat yang haram dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka , bapa mereka , bapa mertua mereka , anak-anak mereka , anak-anak tiri , saudara-saudara , anak bagi saudara-saudara lelaki , anak-anak bagi saudara perempuan , lelaki yang telah tua yang tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah , wahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya ''.

  • Bulu kening -> Rasulullah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta untuk dicukurkan bulu kening .
  • Kaki (tumit kaki) -> ''Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki atau mengangkatnya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan'' . 
  • Wangian -> '' Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya , maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina ''. 
  • Dada ->  ''Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan tudung hingga menutupi dada-dada mereka ''.
  • Gigi -> Rasulullah melaknat perempuan mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya . '' Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik , yang mengubah ciptaan Allah ''.
  • Muka dan tangan -> Asma binti Abu Bakar telah menemui Rasulullah dengan memakai pakaian yang tipis . Sabda Rasulullah : Wahai Asma ! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid , tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah sahaja ''.
  • Tangan ->  ''Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya ''.
  • Mata -> '' Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pandangannya ''. Sabda Nabi SAW : ''Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan yang lainnya ''. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama , pandangan yang seterusnya tidak dibenarkan ''.
  • Mulut (suara) -> Janganlah perempuan itu terlalu lunak dalam bicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya , tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik . Sabda Rasulullah : ''Sesungguhnya akan ada umatku yang munim arak yang mereka namakan dengan yang lain , iaitu kepala mereka dilalaikan dengan bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan , maka Allah akan tenggelamkan mereka itu di dalam bumi ''. 
  • Kemaluan -> Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin , hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka . Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu , puasa di bulan ramadhan , menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya , maka masuklah ia kedalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya . Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan dirumah suaminya , melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah .
  • Pakaian -> '' Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti ''. ''Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat . Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak mencium baunya . (keterangan) : mereka yang berpakaian tipis , jarang , ketat , membentuk dan berbelah / membuka bahagian-bahagian tertentu . ''Hai nabi-nabi , katakanlah kepada isteri-isterimu , anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin , hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali . Lantaran itu mereka tidak diganggu . Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang ''.
  • Rambut -> ''Wahai anakku Fatimah ! adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu didunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya ''.

#artikel dari ILUVISLAM.COM

Tuesday 13 November 2012

Peristiwa penting Maal Hijrah

Assalamualaikum ... Salam Maal Hijrah buat pembaca semua





Muharram adalah tahun pertama dalam tahun Islam (HIJRAH) . Sebelum Rasulullah SAW berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan dibuat mengikut tahun Masihi . Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah ukhuwah dan syiar Islam itu sendiri . Pada asanya , Muharram membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang' , iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah . Namun demikian , larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah . Sejak pemansuhan itu , umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan . 

Roh Maal Hijrah memerlukan setiap umat Islam berkorban untuk berpindah daripada bentuk negatif yang ada dalam diri mereka kepada bentukbentuk positif yang selaras dengan Islam . Berkorban mahupun jihad perlu disemai di dalam jiwa masyarakat Islam sama ada dari sudut pengertian mahupun sikap . Perpindahan Rasulullah dan para sahabat dari kota Makkah ke Madinah dan sebelumnya perpindahan sesetengah sahabat dari Makkah ke Habsyah , merupakan pembinaan baru sebagai persiapan menghadapi cabaran yang bakal tiba secara terus menerus . Hijrah bukanlah asing dalam Islam dan ia adalah sebahagian daripada Islam . Hijrah kerana menuntut ilmu , mencari kebenaran , berjihad , berdakwah , mencari nafkah , kerana perniagaan dan pelbagai hijrah lagi adalah tuntutan dan asas ajaran Islam itu sendiri . 

Peristiwa Penting dalam Muharram

  •  1 Muharram - Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (kalender Hijrah) .
  •  10 Muharram - Dinamakan juga 'Hari Asyura' . Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran . 
Pada 10 Muharram sahaja telah terjadi beberapa peristiwa seperti : 

  • Nabi Adam bertaubat kepada Allah . 
  • Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit .
  • Nabi Nuh diselamatkan oleh Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama 6 bulan .
  • Nabi Ibrahim diselamatkan oleh Allah dari pembakaran Raja Namrud .
  • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa .
  • Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara .
  • Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkan oleh Allah .
  • Nabi Ayub dipulihkan oleh Allah dari penyakit kulit yang dideritainya .
  • Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam .
  • Laut merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun. 
  • Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah .
  • Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar .
  • Hari pertama Allah menciptakan alam .
  • Hari pertama Allah menurunkan rahmat .
  • Hari pertama Allah menurunkan hujan .
  • Allah menjadikan 'Arasy .
  • Allah menjadikan Luh Mahfuz .
  • Allah menjadikan alam .
  • Allah menjadikan Malaikat Jibril .
  • Nabi Isa diangkat ke langit .
Selamat Membaca #petikan dari BlogHarizHanyaSekadarIlusi

Monday 12 November 2012

Cinta Allah cinta abadi ♥

Assalamualaikum ... 

Jika benar cinta itu kerana Allah , maka biarkanlah ia mengalir mengikuti aliran Allah SWT kerana hakikatnya ia berhulu dari Allah SWT maka ia pun berhilir hanya kepada Allah SWT . Tetapi , ingatlah ! Cinta Allah adalah cinta yang kekal abadi . Kejarlah cinta Allah dulu kerana kita pasti tidak akan kecewa jika kita berjaya mencintai Allah dengan sepenuh hati . Bagaimana kita hendak mencintai seseorang jika kita tidak berusaha untuk kenal dan cintai Sang Penciptanya .

Banyak lagi tugas kita di dunia ini terhadap agama kita . Jangan disebabkan terlalu mengejar cinta manusia , tugas sebagai seorang pendakwah juga kita tidak peduli . Jangan terlalu asyik dengan kehidupan dunia kerana itu hanyalah sementara . Utamakan akhirat kerana ia akan kekal abadi . Jika betulbetul sudah bersedia maka kahwinlah . 

Post ini adalah untuk peringatan bersama terutama untuk diri ini . Semoga kita semua sentiasa dilindungi oleh Allah SWT . Jangan pernah kecewa jika kita pernah putus cinta , tetapi jadikan ia pengajaran dalam hidup kita . Berusahalah untuk menjadi hamba yang sempurna di pandangan Allah SWT bukan pandangan manusia . 

Wahai Hawa , 
                
Apabila seseorang lelaki mengatakan dirimu seorang yang sombong , itu lebih baik kerana itu menandakan dirimu sukar untuk didekati dan kamu telah berusaha untuk menjaga dirimu dan dirinya juga . 

Wahai Adam , 

Mereka sombong kerana mereka ingin menjaga pergaulan mereka dan mereka berusaha untuk menghindari dirinya dan dirimu bergelumang dengan dosa . Bersyukurlah , kerana dia , kamu terselamat dari melakukan dosa . Hormatilah keputusan mereka dan jagalah mereka mengikut peraturan  yang telah ditetapkan di dalam Islam . 


#petikan dari CintaAllahcintaAbadi

Sunday 28 October 2012

Hari Raya Aidiladha *kampung*

Assalamualaikum, masih belum terlambat nak wish kat kome kan. Okay, selamat hari raya aidiladha kepada semua bloggers, stalkers dan semua umat Islam di muka bumi Allah ini. Takmau cakap banyak, aku just nak upload gambar time raya haji baru ni. Terjahhhh !!



mama with aqeela 

malumalu tucing pulaks deme ni

peace - Lol

mycousin *elly & izah*


senyum gajah namanye ni 

*elly *hanan *izah

izah shaye & elly *pat tenyum adik2*

saye with sista 

with mycousin *kak zati

Most like this (Y)


Actually ada ramai lg cousincousin lelaki, makmak sedara, pakpak sedara, ipar duai, eh? haha. Takdak gambar cousin lelaki sebab time ni diorang pergi sembahyang jumaat. Lepas diorang balik sembahyang pun tak sompek nk bergambar. Semua muka dah lapaq nasi *kalau 1hari tak makan nasi mmg tak sah eh* .Sangat sayang takdak gambar beramai-ramai. 

Monday 24 September 2012

Wahai Bakal Imamku



Wahai bakal imamku, bakal permaisuri hatimu ini mungkin seorang yang degil, ganas, kasar, manja, mengada dan sebagainya. Bersabarlah. Tabahlah.


Andai saya adalah tulang rusuk awak yang telah hilang
Saya berharap jika nanti Allah mempertemukan kita
Awak akan selalu membimbing saya
Agar saya menjadi wanita yang solehah
Yang nantinya akan menjadi bidadari awak di syurga
Kerana saya ingin kita akan disatukan di dunia dan akhirat

Andai awak ditakdirkan untuk menjadi bapa buat anak saya
Jadilah bapa yang boleh mendidik anak kita
Agar mereka nanti boleh menjadi anak kebanggaan buat kita di dunia dan akhirat
Iaitu anak yang soleh dan solehah
Yang boleh menjunjung tinggi agama Allah

Andai awak ditakdirkan untuk saya
Aku harap awak boleh menjadi imam buat saya dan anak kita
Awak boleh menjadi pemimpin yang baik dalam rumah tangga kita
Awak boleh mencintai saya apa adanya
Dan boleh menyikapi kekurangan saya dengan penuh kebijaksanaan 

Dan andai saya salah
Tegurlah saya dengan kata-kata awak yang penuh dengan kelembutan dan kebijaksanaan
Andai saya marah
Belailah rambut saya dengan penuh kasih sayangmu
Agar marah saya boleh berubah menjadi kelembutan
Andai saya lupa
Ingatlah saya dengan penuh kasih sayang
Agar nanti awak tetap menjadi suri tauladan buat saya dan anak kita

Kerana...
Saya hanya mengharapkan imam yang baik dalam rumah tangga saya
Yang boleh membawa saya ke jalan yang diredhaiNYA
Jalan yang menuju syurgaNYA bersama awak




#Moga hubungan kita kekal sehingga akhir hayat. Amin amin amin Yarabbal 'Alamin



Tuesday 7 August 2012

Kisah Wanita Memeluk Islam Selepas Bermimpi



Assalamualaikum bloggers , harini ann nak share dengan korang 1 story ni . Selamat membaca :)

Tidak semua orang menerima hidayah daripada Allah SWT. Tetapi amat beruntung jika mereka menerima hidayah daripada Allah. Hidayah boleh datang dengan pelbagai bentuk. Sama ada ia datang melalui situasi, mimpi dan sebagainya. Di bawah ini terdapat sebuah kisah mengenai seorang wanita yang dikenali sebagai Kalsom Chin yang menerima hidayah Allah untuk memeluk Islam. Ikuti kisah beliau di bawa ini.

“Seorang lelaki berjanggut putih dengan berpakaian jubah putih datang kepada saya dengan menghulurkan kain putih,” itu mimpi yang pernah dilalui seorang saudara baru, Kalsom Chin Abdullah kira-kira 30 tahun lalu sebelum dia nekad memeluk Islam.

Kalsom Chin yang berasal dari Sungai Tiang, Pendang dan berketurunan Siam memeluk Islam seorang diri ketika dia masih berusia 16 tahun.

Biarpun usianya pada ketika itu masih remaja namun keinginan untuk memeluk Islam hadir sejak kecil apabila melihat keindahan yang ada pada agama Islam.

Menurutnya, salah satu yang menarik perhatian Kalsom Chin terhadap Islam termasuklah ketika mendengar alunan azan yang membuatkan dia berasa tenang.

“Banyak perkara mengenai Islam yang membuatkan jiwa ini tenang namun, saya menganggap apa yang berlaku adalah hidayah yang diberikan oleh ALLAH SWT.

“Setelah mendapat petunjuk termasuklah mimpi itu, saya mengambil keputusan untuk memeluk Islam pada 3 Februari 1981,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumahnya di Kampung Seberang Nyonya.

Selepas memeluk Islam Kalsom Chin tinggal di rumah saudara baru di Sungai Petani selama enam bulan sebelum mempelajari ilmu mengenai Islam dengan lebih mendalam di Pondok Jeneri, Sik.

Kalsom Chin berkata, sepanjang berada di rumah baru dia dapat berkongsi pengalaman bersama rakan saudara baru lain yang berasal daripada pelbagai agama sebelum memeluk Islam.

Menurutnya, ketika mengikuti pengajian di pondok pula dia belajar membaca al-Quran, hukum tajwid dan Sifat 20

Enam Tahun Rahsia Peluk Islam

IBU kepada Mohamad Shawal Ahmad, 12 dan Nur Sakinah, 8, merahsiakan keputusan memeluk Islam daripada pengetahuan ibu bapanya selama enam tahun kerana bimbang dimarahi.

Biarpun merahsiakan status agamanya sekian lama, Kalsom Chin bersyukur apabila ibu bapanya menerima keputusan yang dibuat dengan hati terbuka.
Menurutnya, walaupun ibu bapanya boleh menerima keputusan itu namun anak sulung daripada enam beradik itu masih mendapat tentangan daripada lima adiknya.
“Saya masih ingat nasihat bapa, dia kata, jika saya sudah memeluk agama Islam, saya tidak boleh lagi berpatah balik kepada agama asal. “Hubungan saya dengan ibu sehingga kini masih akrab seperti dahulu namun tidak dengan adik-adik yang masih belum dapat menerima keputusan yang saya lakukan,” katanya.
Kalsom Chin berkata, dia menganggap kehidupannya kini yang seolah-olah kais pagi makan pagi, kais petang makan petang sebagai dugaan daripada ALLAH SWT untuk menguji tahap kesabaran dan keutuhan dirinya terhadap agama Islam.
Menurutnya, dia tidak pernah terlintas di hatinya walau sedikit untuk dia kembali ke agama asal disebabkan kemiskinan hidup.
“Bagi saya biarlah saya susah di dunia ini tetapi senang di akhirat kerana sedar ini adalah salah satu ujian dari-Nya. “Saya juga tahu Islam sentiasa mengajar umatnya untuk bersabar dengan ujian yang diberikan sebab itulah saya sentiasa berfikiran positif,” katanya.
Kalsom Chin berkata, ilmu agama terutama bab solat yang merupakan tiang agama sering dititik beratkan terhadap Mohamad Shawal dan Nur Sakinah.

Dia juga bersyukur kerana suaminya, Ahmad Abd Rahim, 48, sentiasa membantu dalam mendidik ilmu agama kepada anak mereka. Kalsom Chin turut bercadang untuk menghantar Mohamad Shawal ke pengajian di pondok bagi memastikan anak sulungnya itu mendapat ilmu agama secukupnya.

#Sumber dipetik dari Wanita Islam Memeluk Islam 
Selamat Membaca .Wassalam