Monday 20 February 2012

Nikmat Allah Kepada Manusia

Firman Allah S.W.T : Dan sekiranya engkau menghitung nikmat-nikmat Allah  , (pasti) ia tidak akan terhitung ''. (Ibrahim:34)
 
Terdapat beberapa nikmat Allah kepada kita tanpa bayaran 
 
Nikmat tubuh badan :
1. Mata
2. Telinga 
3. Hidung
4. Tangan 
5. 0tak
6. Perut
7. Kaki dan anggota lain 
8. Bernafas
9. Melihat
10. Mendengar 
11. Merasa
12. Bau 

Nikmat pada alam untuk manusia :
1. Haiwan dan tumbuhan untuk makanan
2. 0ksigen untuk pernafasan 
3. Matahari untuk sumber cahaya 
4. Air sebagai minuman 
5. Tanah sebagai kediaman 
 
Jadi cuba kita renung-renungkan seketika . Antara nikmat-nikmat yang disenaraikan di atas , yang mana satu kita keluarkan bayaran kepada Allah s.w.t.? Tiada satu pun yang kita bayar . Semuanya diberikan Allah untuk kita secara percuma tapi kenapa hanya sedikit sekali kita bersyukur diatas nikmat yang diberikan Allah kepada kita .
 
Firman Allah s.w.t. : ''Kemudian Dia menyempurnakan dan meniupkan kedalamnya roh (ciptaanNya) dan Dia menjadikan bagi kamu pendengaran , penglihatan dan hati (tetapi) kamu sedikit sekali bersyukur ''.(As-Sajdah:9)

Andainya Allah s.w.t. mengenakan bayaran diatas setiap nikmat yang diberikan pasti tiada siapa yang mampu membayarnya , hatta jutawan terkaya di dunia sekalipun . Sifirnya mudah sahaja Andaikan setiap nafas yang disedut dikenakan bayaran RM1.00 atau mungkin lebih rendah RM0.10 . Dalam satu jam berapa kali anda bernafas ? Satu bulan ? Satu tahun ? Selama hayat ? Kajian menunjukkan manusia bernafas 18-30 ribu kali sehari . Itu hanyalah pernafasan.
 
Andaikan nikmat yang lain juga dikenakan bayaran dengan kadar yang sama sahaja , kita tidak akan mampu membayarnya . 
 
Allah berfirman dalam surah Yassin : '' Dan mereka memperolah berbagai manfaat dan minuman darinya . Maka mengapa mereka tidak bersyukur ?'' (Yassin:73)
 
Bayangkan pula jika bil yang Allah keluarkan tidak mampu kita bayar , dan tertunggak seperti bil air atau elektrik . Suatu masa bil amaran akan dikeluarkan untuk pemotongan . Jika Allah melakukan sedemikian rupa , iaitu dengan memotong atau memberhentikan pemberian nikmat yang kita tidak bayar , bukankah kita pasti akan ketakutan yang tidak dapat digambarkan ?
 
Allah menggambarkan mereka yang tidak bersyukur adalah orang yang ingkar dan zalim dalam firmaNya : '' Sungguh , manusia itu sangat zalim dan mengingkari (nikmat Allah) ''. (Ibrahim:34)
 
Nikmat yang tidak dibayar ini menjadikan manusia lupa dan lalai . Bersyukurlah wahai diriku dan sekalian saudaraku . Sekurang-kurangnya lafazkan ucapan Alhamdulillah (segala puji bagi Allah) yang dinyatakan dalam Al-Quran hampir 21 kali . Taatlah pada perintahNya dan tinggalkanlah apa yang dilarang . Itu adalah tanda syukur kita selain daripada ungkapan Alhamdulillah . 
 
*via Ustaz Dr Muhammad Zain - Mari berfikir bersama-sama