Wednesday 25 April 2012

SCANDAL ???

Haruslah ada gambar aku


Assalamualaikum uolsss . Harini bosan tahap gajah dah duduk rumah . haih macam ni lah bila jadi penganggur yang berjaya . hihikk . Asal bosan update blog , asal update blog mesti sebab bosan *eh ayt tunggeng sila abaikan . Sebenarnya kan sebenarnya kan , hmm aku rindu dekat someone :( *dia rindu aku tak eh? Rindu tak rindu tak rindu tak. Taktahu lahh malas fikir. Harini nak cerita pasal S.E.K.E.N.D.A.L ! 


Aku ada scandal? Hampa percaya atau tidak, hampa kena percaya. Yess bila firstime tengok gambar dia terus jadi minat. 0uch ! *jangan bagitau bambam k nanti kena marah. haha. Scandal aku comel yaw. Muka macam mamat korea. Eh macam apa, mamat tu dah memang orang korea. Haa mesti tadi hampa salah faham kan kan? Hampa ingat aku ada scandal betul ka. Takkan la aku nak menduakan bambam bucuk-bucuk tuuu *gediknyiaa ayat sila abaikan. Jangan salah faham k, scandal aku tu bukan siapa-siapa pun. Mamat korea jaa tiptop ahh comel dia . hihi


Sudah maklum yang aku memang gila gila korea ni. Takbole nak buat apa dah. Gila sangat ni k gila sangat, harap hampa juga sebegitu. Nak buat dia boyfie takbole, dah ada bambam. Nak buat dia abang angkat bole kot naa. Please bole  la, bambam bole kan, bole la bole la. haha. Mahu saja nanti ada orang tarik muka. Siapa? Awak la. Ish awak la yang tengah baca ni. Eh3 kantoi aa. hihi. Muka dah merah la wakkkk !Haha *apa aku nonsense ni sila abaikan. Nak tengok tak muka dia macam mana? Better tak payah tengok la. Nanti hampa jatuh hati dekat dia merana la pulak girlfie dia. Bukan aku merana k, girlfie dia merana. 


0rite !memandangkan hampa pakat nak tengok muka dia, 0k ok aku tunjuk tapi dengan syarat, jangan jatuh hati k jangan. Marah ni marah. Haha tipu ja ahh, eh aku mana pandai marah pun. Yaka? Rasanya laa kot. hihiew :) Ya Allah, macam mana bole lupa nak bagitahu nama dia. Ish hampa pun tak tegur kenapa. Nama dia JO YOUNG MIN. Comelkan nama, dia ada kembar tapi nama jo young juga, jo young apa tah. Memang young betul lah depa ni. hihi. Malas nak berletiaq banyak, hampa tengok sendiri laaa. 




Comel tak shaye? comelkan kan. haha


Sila cakap shaye comel please ! 0k


Ini lagi comel rite? yess i know it


Eh eh shaye pun ada. k lagi handshemm 

Cinta Jarak Jauh

1. Usahakan untuk berjumpa walaupun sekejap

Ya, kalau boleh selagi kudrat masih ada, selagi sihat dan selagi ada wang, usahalah untuk berjumpa dengan pasangan anda yang nun jauh di sana. Dengan berjumpa pasangan anda walaupun seketika akan recharge balik kenikmatan dan keindahan cinta anda berdua.
Rindu, Jumpa. Rindu, Jumpa. (Berjumpa mengikut batas-batas moral dan agama ya :) )
2. Sentiasa ingatkan diri agar terus setia pada pasangan
Kebanyakan hubungan cinta jarak jauh tidak kekal adalah disebabkan rasa ‘insecurity’ pada diri kita sendiri. Kita asyik berfikir “Ah mesti dia ada lelaki lain kat sane, sia-sia je aku setia” , ” Betul ke hubungan ni boleh di bawa ke jinjang pelamin nanti? Cari sini lagi best.” dan ______________(isi tempat kosong).
Jadi anda harus menarik semangat kesetiaan di dalam hubungan anda dengan membersihkan diri anda dari sebarang ketakutan dan percaya pada diri anda dan juga pasangan.
3. Beri kejutan kepada pasangan 
Hubungan yang sudah lama sering bertukar menjadi hubungan yang bosan kerana masing-masing sudah ‘selesa’ dengan perbuatan masing-masing. Kalau dulu bukan main lagi sentiasa senyum dan maintain macho, pakai wangi-wangi, rambut sikat kemas dan macam-macam lagi perkara yang control.
Cara untuk memecah pola hubungan bosan ini adalah untuk meletakkan elemen of surprise iaitu sebarang kejutan yang bermakna kepada pasangan anda. (saya tidak menanggung sebarang kejutan yang membawa padah seperti sakit jantung ya :) )
Kejutan yang betul akan memberi pasangan anda perasaan terkejut kegembiraan disamping terharu dengan tindakan anda sekaligus mengukuhkan lagi perasaan cintanya kepada anda.
Hanya ada 3Tips sahaja untuk Title today. Hope hampa dapat jaga your relationship baik-baik k especially relationship jarak jauh. Good Luck !
#C0pywrite from Seni Cinta ' Solusi Masalah Cinta No.1 Negara '