Muharram adalah tahun pertama dalam tahun Islam (HIJRAH) . Sebelum Rasulullah SAW berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan dibuat mengikut tahun Masihi . Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah ukhuwah dan syiar Islam itu sendiri . Pada asanya , Muharram membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang' , iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah . Namun demikian , larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah . Sejak pemansuhan itu , umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan .
Roh Maal Hijrah memerlukan setiap umat Islam berkorban untuk berpindah daripada bentuk negatif yang ada dalam diri mereka kepada bentukbentuk positif yang selaras dengan Islam . Berkorban mahupun jihad perlu disemai di dalam jiwa masyarakat Islam sama ada dari sudut pengertian mahupun sikap . Perpindahan Rasulullah dan para sahabat dari kota Makkah ke Madinah dan sebelumnya perpindahan sesetengah sahabat dari Makkah ke Habsyah , merupakan pembinaan baru sebagai persiapan menghadapi cabaran yang bakal tiba secara terus menerus . Hijrah bukanlah asing dalam Islam dan ia adalah sebahagian daripada Islam . Hijrah kerana menuntut ilmu , mencari kebenaran , berjihad , berdakwah , mencari nafkah , kerana perniagaan dan pelbagai hijrah lagi adalah tuntutan dan asas ajaran Islam itu sendiri .
Peristiwa Penting dalam Muharram
- 1 Muharram - Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (kalender Hijrah) .
- 10 Muharram - Dinamakan juga 'Hari Asyura' . Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran .
Pada 10 Muharram sahaja telah terjadi beberapa peristiwa seperti :
- Nabi Adam bertaubat kepada Allah .
- Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit .
- Nabi Nuh diselamatkan oleh Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama 6 bulan .
- Nabi Ibrahim diselamatkan oleh Allah dari pembakaran Raja Namrud .
- Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa .
- Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara .
- Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkan oleh Allah .
- Nabi Ayub dipulihkan oleh Allah dari penyakit kulit yang dideritainya .
- Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam .
- Laut merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
- Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah .
- Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar .
- Hari pertama Allah menciptakan alam .
- Hari pertama Allah menurunkan rahmat .
- Hari pertama Allah menurunkan hujan .
- Allah menjadikan 'Arasy .
- Allah menjadikan Luh Mahfuz .
- Allah menjadikan alam .
- Allah menjadikan Malaikat Jibril .
- Nabi Isa diangkat ke langit .
Selamat Membaca #petikan dari BlogHarizHanyaSekadarIlusi