Tuesday 13 November 2012

Peristiwa penting Maal Hijrah

Assalamualaikum ... Salam Maal Hijrah buat pembaca semua





Muharram adalah tahun pertama dalam tahun Islam (HIJRAH) . Sebelum Rasulullah SAW berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan dibuat mengikut tahun Masihi . Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah ukhuwah dan syiar Islam itu sendiri . Pada asanya , Muharram membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang' , iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah . Namun demikian , larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah . Sejak pemansuhan itu , umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan . 

Roh Maal Hijrah memerlukan setiap umat Islam berkorban untuk berpindah daripada bentuk negatif yang ada dalam diri mereka kepada bentukbentuk positif yang selaras dengan Islam . Berkorban mahupun jihad perlu disemai di dalam jiwa masyarakat Islam sama ada dari sudut pengertian mahupun sikap . Perpindahan Rasulullah dan para sahabat dari kota Makkah ke Madinah dan sebelumnya perpindahan sesetengah sahabat dari Makkah ke Habsyah , merupakan pembinaan baru sebagai persiapan menghadapi cabaran yang bakal tiba secara terus menerus . Hijrah bukanlah asing dalam Islam dan ia adalah sebahagian daripada Islam . Hijrah kerana menuntut ilmu , mencari kebenaran , berjihad , berdakwah , mencari nafkah , kerana perniagaan dan pelbagai hijrah lagi adalah tuntutan dan asas ajaran Islam itu sendiri . 

Peristiwa Penting dalam Muharram

  •  1 Muharram - Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (kalender Hijrah) .
  •  10 Muharram - Dinamakan juga 'Hari Asyura' . Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran . 
Pada 10 Muharram sahaja telah terjadi beberapa peristiwa seperti : 

  • Nabi Adam bertaubat kepada Allah . 
  • Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit .
  • Nabi Nuh diselamatkan oleh Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama 6 bulan .
  • Nabi Ibrahim diselamatkan oleh Allah dari pembakaran Raja Namrud .
  • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa .
  • Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara .
  • Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkan oleh Allah .
  • Nabi Ayub dipulihkan oleh Allah dari penyakit kulit yang dideritainya .
  • Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam .
  • Laut merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun. 
  • Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah .
  • Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar .
  • Hari pertama Allah menciptakan alam .
  • Hari pertama Allah menurunkan rahmat .
  • Hari pertama Allah menurunkan hujan .
  • Allah menjadikan 'Arasy .
  • Allah menjadikan Luh Mahfuz .
  • Allah menjadikan alam .
  • Allah menjadikan Malaikat Jibril .
  • Nabi Isa diangkat ke langit .
Selamat Membaca #petikan dari BlogHarizHanyaSekadarIlusi

1 comment: