Thursday 28 June 2012

Soalan Yang Akan Ditanya Di Dalam Kubur

Soalan Pertama
" SIAPAKAH TUHANMU ? "
= Manusia yg beriman akan segera
menjawab tanpa rasa takot ,
" ALLAH TUHANKU " 
= Selain dari yang beriman
tidak akan dapat menjawab apa-apa .
Lalu dipukul dan dipalu .
Dia akan terus ditanya dan terus dipukul
dan dipalu hingga hari Kiamat .


Soalan Kedua
" SIAPAKAH NABIMU ? "
= Manusia yg beriman akan segera
menjawab dengan bangganya ,
" MUHAMMAD S.A.W. ADALAH NABIKU "
= Selain dari yang beriman
tidak mampu menjawab soalan
tersebut kerana semasa hayatnya
dia telah mempersendakannya .
Lalu dia akan dipelangkong
tanpa henti .


Soalan Ketiga
" APAKAH AGAMAMU ? "
= Manusia yg beriman akan segera
menjawab dengan tanpa malu ,
" ISLAM AGAMAKU "
= Selain dari yang beriman
tidak mampu menjawab soalan
tersebut kerana semasa hayatnya
dia tidak memperjuangkan
Agama Islam .
Maka dia akan terus dipukul
dengan tiada belas kasihannya .


Soalan Keempat
" APAKAH KIBLATMU ? "
= Manusia yg beriman akan segera
menjawab ,
" BAITULLAH KIBLATKU "
= Selain dari yang beriman
tidak mampu menjawab soalan
tersebut kerana semasa 
dia hidup ,
dia tidak menunaikan solat
dan lupa kepada ALLAH .


Soalan Kelima
" SIAPAKAH IMAMMU ? "
= Manusia yg beriman akan segera
menjawab dengan rasa tenang ,
" AL-QURAN IMAMKU "
= Selain dari yang beriman
tidak mampu berbuat apa2
melainkan menangis dan
meraung kerana
semasa hayatnya ,
Segala panduan dan isi yang terkandung 
di dalamnya dia perlekehkan .
Maka dia akan segera dilibas ,
dipukul bertalu-talu .


Soalan Keenam
" SIAPAKAH SAUDARAMU ? "
= Manusia yg beriman akan segera
menjawab dengan ikhlas ,
" SEKALIAN MUSLIMIN DAN MUSLIMAT
IALAH SAUDARAKU "
= Selain dari yang beriman
akan berbohong mangatakan
" semua org islam adalah saudaranya "
dan dia akan terus dipukul lagi
kerana berbohong .
Semasa hayatnya ,
dia lebih suka bersaudarakan 
mereka yang memusuhi agama Allah , 
musuh Allah .


Soalan Ketujuh 
" APAKAH KALIMAH YG KAMU
BAWA BERSAMA-SAMA DENGANMU ? "
= Orang2 yg beriman dengan
yakin akan menjawab ,
" LAA ILAA HA ILLALLAH
MUHAMMADUR RASULULLAH "
= Adapun orang-orang yang munafiq 
dan orang-orang yang ragu dalam 
kepercayaan mereka , 
maka jawab mereka ,
" AKU TIDAK TAHU APA2 .
AKU DENGAR ORG RAMAI
MENGATAKAN BEGITU , BEGINI
LALU KU UCAPKAN PULA ".
Maka , dengan itu ,
dia tidak akan dapat 
menyelamatkan dirinya
dari seksa dan azab kubur .







Bertaubatlah sebelum terlambat

10 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. ASSALAMUALAIKUM...
    saya berterima kasih pada awak kerana memberitahu tentang ini...saya mahu tanya...apakah beza surah dari makkiah dengan surah dari maddiyah
    jikalau soalan saya amatlah susah untuk diterangkan ...tidak mengapa

    ReplyDelete
  3. ASSALAMUALAIKUM...
    saya berterima kasih pada awak kerana memberitahu tentang ini...saya mahu tanya...apakah beza surah dari makkiah dengan surah dari maddiyah
    jikalau soalan saya amatlah susah untuk diterangkan ...tidak mengapa

    ReplyDelete
  4. Wsalam, Izzati. Berbalik pd pertanyaan surah makkiah dan maddiyah bezanya surah makkiah diturunkan di Mekah selama 13tahun dan maddiyah di Madinah selama 10tahun. Harap maklum. Tq

    ReplyDelete
  5. Wsalam, Izzati. Berbalik pd pertanyaan surah makkiah dan maddiyah bezanya surah makkiah diturunkan di Mekah selama 13tahun dan maddiyah di Madinah selama 10tahun. Harap maklum. Tq

    ReplyDelete