Saturday, 28 July 2012

Kesan Buruk Merokok Selepas Berbuka Puasa

Assalamualaikum bloggers semua. Today, aku ada nak share sikit about merokok ni. Tadi terbaca dekat facebook. Rasa title ni gempak gilee, so nak try lah update new entry. Selamat menjuling-julingkan mata anda :P

Berbuka puasa dengan menghisap rokok boleh membawa maut. Merokok boleh memberi kesan bahaya terhadap seseorang yang berpuasa. Anggota badan perokok cuba untuk pulih selepas tidak minum atau makan dalam tempoh yang lama. Perokok tegar dikira bernasib baik jika mereka tidak mempunyai masalah jantung berpunca daripada tabiat berkenaan. 

Merokok adalah perkara buruk yang dilakukan oleh seseorang perokok tegar terhadap badan mereka terutama selepas berbuka puasa. Disebabkan berpuasa, badan amat memerlukan air, glukos dan oksigen. Jika mereka merokok, ia boleh menyekat saluran darah dan menghalang aliran oksigen yang diperlukan. Merokok pada waktu kritikal juga boleh menyebabkan darah membeku. 

Ini boleh menyebabkan pembuluh darah tersekat sekali gus meningkatkan tekanan darah, kesesakan arteri mengganggu degupan jantung dan meningkatkan kolesterol. Ia boleh menyebabkan perokok tegar maut. Oleh sebab itu perokok harus berhati-hati. So, bagi mengelakkan dari berlakunya perkara yang tidak diingini, better korang buanglah tabiat merokok tuuu. 

Dengan merokok tu apalah yang ada sangat. Membahayakan nyawa sendiri jee. Berfikir secara rasional bagi menyelamatkan nyawa sendiri dan orang yang tersayang. 

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK & SELAMAT BERAMAL *moga puasa tahun ni penuh dan mendapat keberkatan dari Allah* Wassalam :) 




3 comments:

  1. merokok untuk orang nak mati awal jew..
    http://chocolateholic4eva.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Nak menang wang tunai bernilai RM50 , perfume , lens , topup , novel , lomo , jam tangan dan hadiah-ii menarik yang lain?!

    Meh aaa join giveaway dan segmen dibawah! :D

    http://cerita-amna.blogspot.com/2012/07/giveaway-julai-ogos.html
    http://cerita-amna.blogspot.com/2012/07/segmen-sayaakukamek-seorang-blogger.html

    ReplyDelete