Wednesday 18 April 2012

Aku Dah Kahwin *ceritasedih

Aku dah kahwin sekarang. Bini aku memang baik sangat-sangat. Tapi dia tidak seperti yang aku expect masa kami belum kahwin dahulu. Masa belum kahwin, aku tengok dia memang seorang yang pendiam je. Jarang gile cakap dengan lelaki. Member-member memang puji la cara dia. So agak susah juga aku nak tegur dia masa itu. Segan doh. Memang obvious lah kalau aku tegur. Tapi aku suka dia macam itu, so takdelah cemburu sangat sebab dia jarang borak-borak dengan lelaki. 


Cantik? Memang la, kalau tak aku conform tak sangkut punya. Haha. Cantik pada mata aku la. Member-member pun ada yang cuba usha. Sorry le dia nak layan. Haha, memang market. Last-last aku yang dapat. Memang rase bangga gile. Hehe. Eh, dok mengumpat pasal dia lupa pulak nak kasi tahu nama. Nama panggilan dia Ara, nama betul dirahsiakan. Hoho


Aku usha cara yang elok-elok laa, pergi jumpa bapak dia dulu. Gentleman beb! Slow talk dengan bapak dia. Err, bapak dia nama Marzuki. Bapak dia ni jenis sound direct rupanya. Pergh memang kena kutuk kaw-kaw la gua. Sebabnya, bila dia tanya kenal tak anak dia? Gua cakap tak sangat. Bapak dia tanya lagi, kenapa nak kahwin dengan anak dia? Gua cakap sebab minat. Minat sebab apa? Gua cakap tak tahu. Habis kalau tak dapat anak dia? Gua cakap nak juga. Bapak dia sound laa, ''Ko ni cam ne ko nak kahwin dengan orang yang ko tak kenal? Gua cakap, lepas kahwin la saya kenal dia pakcik. Pastu sengih-sengih, yang bapak dia diam. 


Masa tu rasa down gile. Bapak dia macam tolak mentah-mentah je proposal aku. Ke dia saja nak uji kehebatan cinta aku? Huhu. Time tu aku dah terfikir nak usha calon lain je. Aku memang ada lagi seorang yang aku suka. Haa yang ni gua memang kamceng gile. Yang ni pulak nama dia Ika. Gua memang serasilah dengan minah ni. Haha. Tapi last-last orang lain juga yang gua pinang. 


Hari keputusan proposal aku akhirnya tiba. Keputusannya, jeng jeng jeng! Tidak seperti yang aku jangka. Haha. Aku ingat dah kena reject, tapi sebaliknya family diorang terima. Wahh happy giler. Alhamdulillah, so memang sah la tidak ada jodoh aku dengan Ika. Time aku beritahu Ika yang aku nak kahwin, dia accept je. Kejam gile aku. Dia kata semoga bahagia. Lepastu kitorang dah tak jumpa.


Selepas akad nikah, komfem lah aku sebagai lelaki Ara. Happynya aku Tuhan sahaja yang tahu. Dekat rumah Ara macam biasa cool je. Tapi cool semacam la pulak, sepatah aku tanya, setengah patah yang dia jawab. Kalau aku tak buka mulut, memang tak berbunyilah rumah kitorang.


Ara taklah 'bisu' sangat, kadang-kadang dia bersuara juga. Tapi bagi aku yang suka cakap banyak ni, Ara bukan jenis yang boleh bawa borak sangat. Bila aku cakap pasal something, dia macam blur. Macam tak supportive sangat. At last, aku dah malas nak berborak. 0h boringnya. Yang dia tahu cuma tunjuk baris gigi dia je. Sengih. Macam yang aku buat dekat bapak dia dulu. Pyscho seyh.


Nak jadi lagi tension, aku ni jenis perokok tegar juga laa. Tapi bini aku macam fobia gile dengan asap rokok. Bau nafas aku yang bersisa rokok pun, dia mesti batuk. Tak bau rokok pun dia selalu batuk. Uhuk uhukk gitu. Sebab sayang bini, makin lama makin kurang aku merokok. Kalau gian sangat pun aku merokok dekat ofis jee.


Bini aku kerja dekat hospital, bahagian ubat-ubatan. Aku pulak tak boleh bau ubat mesti pening kepala. Hari-hari aku yang hantar ambil dia pergi hospital. Time ambil dia balik, memang hari-hari lah baju dia bau ubat dalam kereta. So aku akan selalu buka tingkap, nyaman sikit.


Ada satu hari tu masa hujan lebat, tak boleh nak buka tingkap kereta, aku ni dah pening-pening lalat dah bau ubat, dengan poor visibility, kami accident. Langgar bontot kereta depan. Dekat hospital, doktor cakap bini aku keguguran sebab kemalangan tu. Hah?? Rupanya dia mengandung dua bulan. Ara sendiri pun tak tahu. Ya Allah!!!


Lepas kejadian tu, aku terus suruh Ara berhenti kerja. Duduk rumah je. Aku dah korbankan rokok aku, so dia kena korbankan kerja dia. Aku dah tak tahan bau ubat!! Aku seorang je kerja dah cukup untuk sara hidup kami. Dekat setahun kami kahwin, tiba-tiba Ika datang. Dia kata masih sayang dekat aku. Aku nak ambil dia jadi bini kedua, dia sanggup.


Alamak, ni dah angau betul. Padahal baru je kahwin. Mungkin Ika yakin yang kami sangat serasi dan saling memahami. So, dia berani propose dekat aku. So aku terus terang je lah. Aku cakap dekat dia, yess aku memang tak kamceng mana dengan bini aku sekarang dan kami tak banyak persamaan. Ara memang tak banyak cakap, kalau aku cuba buat lawak, dia macam tak dapat tangkap je. Sedih betul. Tak pandai nak borak. Kalau dia jumpa member-member aku lagi la sunyi sepi. Dah la hari-hari dia suka masak benda yang sama je, jarang la dapat makan lain sikit. Kecuali kalau makan luar. Itupun dia selalu order benda yang sama je. Haha macam tulah bini aku, lucu tak.


Tapi kami masih memahami hati budi masing-masing. Aku cuba biasa-biasakan  diri bau ubat-ubat dekat baju Ara dulu. Cuba berhenti merokok masa mula-mula kahwin dulu. Ara pulak dah tak kerja, dah cuba masak benda-benda lain pulak (tapi jarang la menjadi). Aku beritahu Ika yang rumah tangga kami bahagia dan aku tak boleh menduakan dia. Aku memang sayangkan dia. Ika terpaksa terima hakikat itu. Itu memang last kami jumpa. 


Kini kami dah dapat rezeki seorang anak. Dah besar, dekat 4 tahun la. Sekarang dah pandai mengaji sikit-sikit. Semua berkat kerajinan bini aku. Bab-bab agama, mengaji semua dia memang bagus. Anak aku Hafiz, memang dia train elok-elok mengaji al-quran. Alhamdulillah, semoga dia menjadi anak yang soleh. Bagi aku itulah investment  yang sangat-sangat menguntungkan!


Tapi sebenarnya dalam tempoh tu, kami tak seperti pasangan lain. Makin hari aku makin bosan dengan rumah tangga kami. Ara memang suka menyepi, jarang borak panjang-panjang. Aku pulak keluar lepak dengan kawan-kawan. Makin lama aku makin jarang duduk rumah. Lewat malam baru balik. Bini dah tidur. Esoknya pagi-pagi aku dah kena pergi kerja. Dalam tempoh tu juga, aku selalu keluar dengan seorang ofismate aku. Nama dia Lisa, budak baru dekat ofis aku. Berbekalkan muka yang ada market ni, dia macam sangkut la dekat aku. So, dialah yang selalu aku ajak keluar malam, teman aku borak-borak. Kadang-kadang sampai pagi!


Aku sedar yang aku seolah-olah mempergunakan dia untuk menghiburkan hati aku. Teringin nak kahwin dengan dia tapi takut Ara kecil hati pula. Dengan Lisa lah tempat aku luah perasaan, kadang-kadang gadoh. Kadang tu dia tercarut-carut siap lagi dekat aku. Pastu minta maaf, dia kata tersasul. Tapi aku memang terhibur bila duduk dengan Lisa. Bini aku dekat rumah dengan anak aku jarang sangat aku luangkan masa.


Ara sedar perubahan aku dari hari  ke hari. Dia mula sedar yang aku ada perempuan lain. Satu hari tu dia bagitahu, dia izinkan kalau aku nak kahwin lagi. Tapi mesti dengan perempuan yang elok-elok, sebab dia tak mahu pelajaran Hafiz terganggu. Aku pelik. Apa kaitannya?


Dan aku terfikir Lisa tu wanita yang elok ke? Pakaian hari-hari komfem ketat, makeup dekat muka 2inci macam tak boleh kena air. Tak ambil air sembahyang ke? Tak sembahyang ke? Ke cuti sepanjang tahun?! So aku postpone dulu hajat nak kahwin dengan Lisa. Terfikir lepas kahwin boleh kot nasihat sikit-sikit tapi time bercinta asyik lawan je apa aku cakap. So sad!


Ketika perkahwinan aku dengan Ara mencecah 4 tahun dulu, rumahtangga kami ditimpa dugaan yang maha besar. Ara mula jatuh sakit, batuk dia makin teruk dan akhirnya masuk hospital. Dan saat itulah baru aku diberitahu yang Ara menghidap penyakit barah tekak. Ya Allah! Doktor beritahu, sebenarnya Ara dah lama menghidap barah tu. Penyakit yang akan buat dia selalu batuk dan terpaksa menahan sakit apabila bercakap! Aku rasa bagai kena tusuk dengan anak panah yang tumpul bila dengar benda tu!! Patut la Ara jarang sangat bercakap. Kenapa dia tak beritahu aku?!


Doktor tu cakap lagi yang penyakit tu makin lama makin teruk dan bagi effect dekat jantung. Sebab pernafasan dia selalu kurang dari yang sepatutnya. Jantung jadi lemah. So itulah yang menyebabkan Ara jatuh sakit. Jantung dia sekarang makin rosak akibat barah tu. Jadi macam mana dia boleh ajar anak aku mengaji? Doktor tu bagitahu, memang ada ubat untuk diminum sebagai pelincir dalam tekak. Tapi hanya kurangkan rasa sakit dan ia bertahan kejap je. Tapi Ara tak boleh selalu minum, sebab ubat tu sangat mahal.


Aku buntu!!


Masa itulah baru aku terfikir, kami tak pernah bertikah lidah, tak pernah bergaduh. Mungkin itu hikmah dia. Tapi aku tak sedar selama ni, aku selalu tinggalkan dia, bergembira dengan perempuan lain. Dia pula sanggup tanggung derita setiap kali menjawab pertanyaan aku. Dan tak pernah luahkan derita dekat aku. Jantung Ara dah lemah sangat, doktor kata mungkin Ara dah tak boleh bertahan lama. Aku menangis depan doktor tu puas-puas, walaupun doktor perempuan, aku dah tak kisah. Aku menyesal dengan cara aku layan Ara selama ni.


Dia dah bagi aku macam-macam, jaga makan minum, pakaian aku, ajar anak kami mengaji. Memang tak pernah tak pernah lawan apa aku cakap, apa aku suruh. Aku suruh dia berhenti kerja dulu, dia ikut. Walaupun dekat rumah dia tetap baca buku ubat-ubatan. Dia minat snagat dengan kerja dia. Maafkan abang Ara. Bila balik rumah nak mandi kejap, aku sempat tengok balik kenangan-kenangan kami. Aku belek-belek terjumpa kotak hantaran masa kami kahwin dulu. Ada satu kotak jam, jam yang aku pakai sekarang. Aku terkejut bila ada sehelai kertas dalam tu. Mula-mula ingat kertas resit, tapi rupanya sepucuk surat!


1 Julai 2007,

Buat suami yang baru ku punya,
Terima kasih kerana menawarkan cintamu,
Yang ku tunggu-tunggu sejak kita mula bertemu dulu,
Ara memang cinta padamu,
Dan Ara menangis bila abang melamarku

Buat suamiku yang baru ku punya,
Luaranku mungkin nampak sempurna,
Luaranku mungkin ramai yang terpesona,
Tapi diriku bukanlah sesempurna yang abang sangka,
Kerna suaraku bukan kepunyaan kita

Buat suamiku yang baru ku punya,
Andai abang ingin melihat Ara ketawa, 
Ara hanya mampu tersenyum pada abang,
Andai abang mahu Ara berjenaka,
Mungkin Ara akan menangis di bahu abang,
Kerana Ara tak mampu berbicara,
Seperti orang lain berbicara,
Kerana Ara tak mampu ketawa,
Seperti orang lain ketawa

Jika membaca surat ini dapat meleburkan abang,
Ara pasrah dan rela abang menjauhi,
Jika membaca surat ini Ara tetap di hati abang,
Ara sujud sejuta syukur pada Ilahi

Yang benar,
Isteri yang menyanjungmu

*Ara selitkan surat ini dalam kotak jam abang, semoga abang mudah terlihat surat ini


Berderai air mata jantan aku. Kenapa aku tak baca surat ini 4 tahun dulu? Kenapa aku tak tahu penderitaan Ara awal-awal dulu? Kenapa baru sekarang? 4 tahun usia perkahwinan kami. Ara beri aku segala-galanya dan paling penting dia beri aku seorang anak yang comel dan bijak. Tapi apa yang pernah aku beri dekat Ara? Mulai saat itu aku jaga Ara sepenuh hati. Hari-hari memang kerja ulang alik hospital. Masuk ofis pun kejap-kejap je. Anak aku bagi kakak Ara yang jaga. Masa tu aku dah serabai gile. Baru aku sedar, pentingnya Ara dalam hidup aku.


Dalam keadaan Ara yang sangat lemah, aku minta kebenaran doktor untuk bawa Ara pergi melancong. Aku nak temani dia puas-puas. Aku nak bahagiakan dia dalam sisa-sisa hayat dia. Biar dia terlupa akan derita dia. Saat itu dia menangis dekat bahu aku. Sejak dia sakit, kami hanya berbalas tulisan dekat kertas dan kertas-kertas itu aku akan simpan sampai bila-bila.


Dia tulis yang dia tak menyesal kahwin dengan aku. Dia tulis sangat bahagia hidup dengan aku. Siap cuba lukis gambar orang senyum. Ya Allah hari-hari tu kami sangat bahagia. Namun Ara dah makin lemah, aku tak mampu tengok dia derita. Setiap kali dia nak tarik nafas, sangatlah azab pada aku melihatnya.


''Ya Allah, jika Kau masih panjangkan hayat isteriku, Kau berilah separuh kesengsaraannya, biar kurang kesengsaraannya ya Allah. Tapi jika hanya kematian yang dapat mematikan kesengsaraan isteriku, aku redha ya Allah'' Aku tak tahu apa lagi yang boleh aku buat. Aku bacakan yassin di telinganya berulang-ulang, biarkan anak kami dipangkuan memeluk-meluk ibunya.


Akhirnya Tuhan menjemputnya kembali. Aku pasrah, kesedihanku terubat bila aku melihat dia pergi dengan tenang. Sempat aku ajarkan syahadah dan dahinya berpeluh jernih. Lalu ku kucup buat kali terakhir. Kini hampir 5 tahun perkahwinan kami. Tinggal aku dengan Hafiz, dengan helaian-helaian terakhir tulisan Ara.


    

1 comment: