Tuesday 17 April 2012

20 Tanda Lelaki Serious Dalam Percintaan

Assalamualaikum Bloggers Stalkers semua . Tengah dok qalik usha website Tentang Cinta tadi tetiba pulak ternampak artikel ni . So , teringin lah nak buat new entry untuk kali ni . Actually , before ni aku pun tahu serba sedikit sahaja bab lelaki serious dalam cinta ni . Kalau nak tahu lelaki tu serious dalam cinta , semestinya diorang ikhlas and jujur dengan kita right ? Itu baru setengah ja . Haa now aku bagi lagi tanda-tanda lain apabila lelaki serious dalam percintaan !


Selamat Membaca *Tanda Lelaki Serious Dalam Percintaan*


1. Kecantikan si girl diketepikan . Keikhlasan si girl diutamakan 

2. Apabila timbul orang ketiga , si boy akan hilang akal dan sanggup berbuat apa sahaja untuk merebut kembali kekasihnya 

3. Si boy akan sentiasa menghantar sms . Walaupun tidak dibalas , ini bermakna si boy sentiasa memikirkan si girl

4. Si boy sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya . Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan . Tidakkah si girl sungguh terharu apabila melihat si boy menitiskan air mata demi si girl . Itu membuktikan cinta si boy begitu kuat buat si girl

5. Sentiasa menghiburkan hati si girl dikala gundah . Sentiasa bersungguh melakukan sesuatu untuk si girl

6. Jangan pulak si girl anggap yang si boy kuat membebel , jika setiap masa si boy memberi si girl nasihat . Ingat ! nasihat bermaksud mengingati

7. Jika sudah sayang , macam - macam yang si girl fikirkan termasuklah bimbang akan kehilangannya . Begitu juga jika si boy menyatakan yang si boy selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan korang .  Ini bermakna si boy selalu fikirkan mengenai hubungan korang dan cara untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja 

8. Ada juga si boy yang cepat sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian , lebih-lebih lagi dari orang yang si boy sayangi . Baginya si girl bersikap acuh tak acuh . Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap , tambahan pula sekiranya si girl boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain . Pasti si boy merasakan dirinya tidak berguna pada si boy 

9. Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila si boy berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripada si girl . Si boy mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah si girl sayang. Kalau si boy merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya

10. Si girl hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah si boy . Tandanya si boy tidak mahu melihat si girl susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu.

11. Sekiranya si boy sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “You masih sayang I?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si boy tidak mahu kasih sayang si girl kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar si girl tahu betapa si boy sentiasa mahu si girl ingat diri si girl sudah dimiliki olehnya

12. Tidak suka si girl memakai seksi kerana tidak suka si girl diperhatikan lelaki lain walaupun berlengan pendek

13. Si boy berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap

14. Si boy sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana si boy sentiasa berasa curiga

15. Si boy mudah merasa cemburu dan sensitif apabila si girl tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya

16.Si boy tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya

17. Kalau ditinggalkan oleh si girl , ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun si boy sentiasa mengharap si girl  kembali kepadanya

18. Si boy tidak suka kamu keluar malam, tanda ingin menjaga pandangan org terhadap si girl

19.  Si boy tidak akan berlaku curang kepada si girl namun jikalau si boy berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai si girl

20. Si boy tidak suka ada lelaki lain mendekati si girl


Maaf kalau artikel kali ini agak panjang . Ini sebagai tatapan kaum hawa*termasuk aku* agar lebih menghargai kaum adam . Jika diantara tanda-tanda diatas ada pada pasangan anda yang bernama Lelaki , itu bermaksud dia ikhlas dan jujur dengan kita 





#copywrite from Tentang Cinta . Com 

No comments:

Post a Comment