Tuesday 28 February 2012

♥ Special For You ♥ *AzimSyahmiAbdManap

Surat Tidak Rasmi Untuk Awak

ENCIK JODOH BIN TAKDIR 
No 30 , Jalan Hati-hati ,
Taman Kembang Kuncup , 
Negara Temu Jodoh .

29 Februari 2012 .

Salam Awak ,

Pagi ini saya dah taktahu nak buat apa . Cik kerja saya taktahu pegi mana . Jadi apa salahnya saya tulis surat ini untuk awak . Walaupun saya taktahu sama ada perlu ke tak saya layangkan surat ni pada awan biru ataupun layarkan ke lautan biru dengan harapan awak akan membaca isinya nanti . Saya maklum awak takkan baca tapi hati ni degil sangat nak tulis untuk awak . 

Awak , ini mengenai soal hati . Soal perasaan . Saya taktahu macam mana nak mulakan , tapi pengakhirannya saya mahu hidup saya di hari tua nanti bersama dengan awak . Ada wajah awak . Ada tawa awak . Ada usikan awak . Ada 'gila-gila' awak . Mesti bahagia nantikan ? Andai awak yang boleh merubah senyum koyak ini kepada senyum bahagia , kenapa tidak ?

Seabad lamanya saya simpulkan senyap-senyap isi hati saya . Saya tak terlalu kesah macam sekarang ni . Saya tak perlu serunsing macam sekarang ni . Untuk sesuatu yang tak pernah saya fikirkan , akhirnya menjadi agenda utama otak saya . Untuk sesuatu yang tak pernah perasan selama ni rupa-rupanya berada di depan mata saya . Sesuatu itu adalah awak . Gila tapi cukup indah . 

Bila awak ke utara dan saya ke selatan , saya pening kadangkala . Mungkin ini namanya suatu proses pemahaman . Saya harap suatu hari nanti kita sama-sama berada di timur melihat matahari terbit . Saya pasti masa tu kita sudah selari . 

Harapan saya , harap awak melihat perkara ni dengan betul-betul serious . Jangan jadikan apa sahaja percakapan awak hanya gula getah yang dicampak ke longkang . Nanti pencemaran alam . 

Semoga Allah memberkati dan meredhai kita berdua .

0leh itu saya simpulkan dalam tiga patah kata , SAYA SAYANG AWAK . 
Yang benar ,

Tulang rusuk awak sebelah lagi 

#3words 8 letters 3 syllables 5 vowels 3 consanants 2 nouns 1 emotion many meanings and a rare truth , that is ILOVEYOU

Video*sambil tengok baca sekali dalam hati . Yang ni doa*


No comments:

Post a Comment