Friday 20 January 2012

Sahabat Untuk Selamanya

Assalamualaikum . Hi harini ann nak update pasai kawan pulak . Kelia kod tera tu . K ann malas dah nak merepek banyak . Hampa baca k baca /\

Sini mula ;:



Mempunyai seorang sahabat sejati lebih berharga dari seribu kawan yang jenis selfish . Apa yang kita alami demi kawan kawan kekadang tu melelahkan dan annoying juga k . But sebab tu jugalah yang membuatkan persahabatan mempunyai nilai yang indah . Persahabatan sering menguji dugaan but yang dinamakan persahabatan sejati tu sentiasa boleh mengatasi segala dugaan dengan baik .. Persahabatan tak akan terjalin secara automatik but perlukan proses yang panjang juga . Bak kata pepatah *besi menajamkan besi | sahabat menajamkan sahabatnya* 

Persahabatan telah banyak diwarnai dengan pelbagai pengalaman suka dan duka | dihibur > disakiti | diperhatikan > dikecewakan | didengar > diabaikan | dibantu > ditolak .. But semua ni tak pernah sengaja dilakukan dengan tujuan kebencian . Seorang sahabat tak akan menyembunyikan kesalahan bagi menghindari perselisihan faham . Soo demi kasihnya ia memberanikan diri menegur apa adanya .. Sahabat tak pernah membungkus pukulan dengan ciuman . But menyatakan apa yang menyakitkan dengan tujuan sahabatnya mahu berubah . 

Proses dari teman menjadi sahabat memerlukan usaha pemeliharaan dari kesetiaan . But bukan saat kita memerlukan bantuan barulah kita memiliki motivasi mencari perhatian , pertolongan dan pernyataan kasih dari orang lain .. But ia berinisiatif memberikan dan mewujudkan apa yang diperlukan oleh sahabatnya . Kerinduannya adalah sebahagian dari kehidupan sahabatnya kerana tidak ada persahabatan diawali dengan sikap egoistik . Semua orang mesti memerlukan sahabat sejati kan kan . Butt tak semua orang berhasil mendapatkannya . Banyak juga orang yang telah menikmati indahnya persahabatan but dalam masa yang sama ada jugak orang yang begitu hancur kerana dikhianati sahabatnya .. 

*Ingat tak lagi bila kali terakhir kita berada dalam kesulitan ? Siapa yang berada disamping kita waktu tu ? 
*Siapa yang mengasihi kita saat kita merasa tak dicintai ? 
*Siapa yang ingin bersama kita saat kita tak dapat nak beri apa apa ?
*Siapa yang sanggup bersama kita ?
*Siapa pun kita ?
*Bagaimana pun kita ? 
Sahabat tetap sahabat  



     

 

No comments:

Post a Comment