Tuesday 27 December 2011

Kisah Pasangan Suami Isteri ♥

Aku dah kawin sekarang . Bini aku memang baik sangat2 . Tapi dia tak seperti yang aku expect masa kami belum kawin dulu . Masa belum kawin , aku tengok dia memang seorang yang pendiam je . jarang gile cakap dengan laki . Member - member memang puji la cara dia . So memang susah jugak aku nak tegor dia masa tu .... segan dowh . memang obvious lah kalu aku tegur . Tapi aku suka dia macam tu , so tak de lah cemburu sangat sebab dia jarang borak-borak dengan laki .

Cantik ? memang la , kalu tak aku conform tak sangkut punya . Haha . cantik pada mata aku la . member-member pon ada yang cuba usha . Sori le dia nak layan . Haha . memang market . last-last aku yang dapat , memang rase bangga giler . Hehe . Eh , dok ngumpat-ngumpat pasal dia , lupa lak nak kasi tau nama . Nama panggilan dia Ara . Nama betul dirahsiakan . Hoho .

Aku usha cara yang elok-elok la , pi jumpa bapak dia dulu . Gentleman beb ! Slow talk dengan bapak dia . Err , bapak dia nama Marzuki . Bapak dia ni jenis sound direct rupanya . Pergh , memang kena kutuk kaw-kaw la gua . Sebabnya , bila dia tanya kenal tak anak dia ? Gua cakap tak sangat . Bapak dia tanya lagi , kenapa nak kawin dengan anak dia ? Gua cakap sebab minat . Minat sebab apa ? Gua cakap tak tau ... Habis kalu tak dapat anak dia ? Gua cakap nak jugak ! Bapak dia sound la , "Ko ni cam ne ko nak kawin dengan orang yang ko tak kenal ? Gua jawab , lepas kawin la saya kenal dia pakcik ... Pastu sengih-sengih ... Pastu bapak dia diam .

Masa tu rasa down gile . Bapak dia cam tolak mentah-mentah je proposal aku . Ke dia saja nak uji kehebatan cinta aku ? Huhu . Time tu aku dah terfikir nak usha calon lain je . Aku memang ada lagi sorang yang aku suka . Haa yang ni gua memang kamceng gile . Yang ni pulak nama dia ika . Gua memang serasilah dengan minah nih . Haha ... Tapi last-last orang lain gak yang gua pinang .

Hari keputusan proposal aku akhirnya tiba . Keputusannya .. jeng .. jeng .. jeng .. tak seperti yang aku jangka . Haha . Aku ingat da kena reject , stgi , family dyorg terima . Wahhh ... Happy giler . Alhamdulillah . So , memang sah la tak de jodoh aku dengan ika . Time aku bagitau ika yang aku nak kawin , dia accept je . Kejam gile aku . Dia kata semoga aku bahagia . lepas tu kami dah tak jumpa .

Lepas akad nikah , kompemlah aku sebagai laki Ara . Happynya akku Tuhan saja yang tau . Kat rumah Ara macam biasa , cool je . Tapi cool semacam lar plak . Sepatah aku tanya , setengah patah yang dia jawab . Kalu aku tak buka mulut , memang tak berbunyilah rumah kitorang .

Ara taklah 'bisu' sangat , kadang-kadang dia bersuara jugak . Tapi bagi aku yang jenis suka cakap banyak ni , Ara bukan jenis yang boleh bawak borak sangat . Bila aku cakap pasal something , dia macam blur . Macam tak supportive sangat . At last , aku dah malas nak borak .. Oh boringnya . Yang dia tahu cuma tunjuk baris gigi dia je . Sengih . Macam yang aku buat dekat bapak dia dulu . Pyscho seyh ...

Nak jadik lagi tensen . Aku ni jenis perokok sederhana tegar gak la . Tapi bini aku pulak macam fobia gile dengan asap rokok . Bau nafas aku yang bersisa rokok pon dia mesti batuk . Tak bau rokok pon dia dia selalu batuk ... uhuk3 gitu ... Sebab sayang bini makin lama makin kurang aku merokok . Kalu gian sangat pon aku merokok kat ofis je .

Bini aku kerja hospital , bahagian ubat-ubatan . Aku lak tak boleh bau ubat mesti pening kepala . Hari-hari aku yang hantar ambik dia gi hospital . Time ambik dia balik , memang hari-hari lah baju dia bau ubat dalam kereta . So aku akan selalu bukak tingkap , nyaman sket ...

Ada satu hari tu , masa hujan lebat . Tak leh nak bukak tingkap kereta , aku dah memang pening-pening lalat dah . Bau ubat . Dengan poor visibility lagi , kami accident . Langgar bontot kereta depan . Kat hospital doktor kata bini aku keguguran akibat kemalangan tu . Hah ?? Rupanya dia mengandung dua bulan . Ara sendiri pon tak tahu . Ya Allah !!

Lepas kejadian tu aku terus suruh Ara berhenti kerja . Duduk rumah je . Aku dah korbankan rokok aku , so dia kena korbankan kerja dia . Aku dah tak tahan bau ubat !! Aku sorang je kerja dah cukup untuk sara hidup kami .


Dekat setahun kami kawin , Ika tiba-tiba datang , dia kata masih sayang kat aku , nak aku ambik dia jadi bini no 2 . Dia sanggup .


Alamak ni dah angau betul . Padahal aku baru je kawin . Mungkin Ika yakin yang kami sangat serasi dan saling memahami , so dia berani propose kat aku . Then aku terus terang je lah , aku cakap kat dia , yes aku memang tak kamceng mane ngan bini aku sekarang dan banyak benda yang kami tak dak persamaan . Ara memang tak banyak cakap . Kalu aku cuba buat lawak , dia macam tak dapat tangkap je . Sedih tol . Tak pandai nak borak . Kalau jumpa member-member aku lagi le dia sunyi sepi . Dah la hari-hari dia suka masak benda yang sama je . Jarang la dapat makan lain sikit . Kecuali makan luar . Itu pon dia akan oder benda yang sama je . Haha macam tu lah bini aku . Lucu lak .


Tapi kami masih cuba memahami hati budi masing-masing . Aku cuba biasa-biasakan diri bau ubat-ubat kat baju-baju Ara dulu . Cuba berhenti merokok masa mula-mula kawin dulu . Ara plak dah tak kerja , dah cuba belajar masak benda-benda lain ( tapi jarang la menjadi ) Aku bagitau Ika , rumah tangga kami bahagia , aku tak boleh menduakan dia . Aku memang sayangkan dia . Ika terpaksa terima hakikat tu . Itu memang last kami jumpa .


Kini kami dapat rezeki seorang anak , dah besar , dekat 4 tahun la . Tapi dah pandai mengaji sikit-sikit . Semua berkat kerajinan bini aku . Bab-bab agama , mengaji semua dia memang bagus . Anak aku Hafiz , memang dia train elok-elok mengaji al-quran . Alhamdulillah, semoga esok-esok dia menjadi anak yang soleh . Bagi aku itu lah investment yang sangat-sangat menguntungkan !

Tapi sebenarnya dalam tempoh tu , kami tak seperti pasangan lain . Makin hari aku makin bosan dengan rumahtangga kami . Ara memang suka menyepi , jarang borak panjang-panjang . Aku pula suka keluar lepak dengan kawan-kawan . Makin lama aku makin jarang duduk rumah . Lewat malam baru balik , bini dah tidur . Esoknya pagi-pagi aku dah kena pergi kerja . Dalam tempoh tu juga , aku selalu keluar dengan sorang ofismate aku . Nama dia Lisa . Budak baru kat ofis aku . Berbekalkan muka yang agak ada market ni , dia macam sangkut lak kat aku . So , dialah yang selalu aku ajak keluar malam , teman aku borak-borak , kadang-kadang sampai pagi !

Aku sedar aku seolah-olah mempergunakan dia untuk memperhiburkan hati aku . Teringin nak kawin dengan dia , takut kecik hati si Ara pulak . Dengan Lisa lah tempat aku luah perasaan , kadang-kadang gadoh , kadang dia tercarut-carut siap kat aku . pastu minta maaf , dia kata tersasul . Tapi aku memang terhibur bila duk ngan Lisa . Bini aku kat rumah , dengan anak aku jarang sangat aku luangkan masa .

Ara sedar akan perubahan aku dari hari ke hari . Dia mula sedar aku ada perempuan lain . Satu hari dia bagitau , dia izinkan kalu aku nak kawin lagi , tapi mesti dengan wanita yang elok-elok , sebab dia tak mahu pelajaran Hafiz terganggu . Aku pelik , apa kaitannya ?

Dan aku terfikir , Lisa tu wanita yang elok ke ? Pakaian hari-hari kompem ketat , make up kat muka 2 inci macam tak boleh kena air . Tak ambik air semayang ke ? Tak semayang ke ? ke cuti sepanjang tahun ?!

So , aku postpone dulu hajat nak kawin dengan Lisa . Terfikir lepas kawin boleh kot nasihat sikit-sikittapi time bercinta asyik lawan je apa aku cakap . So sad !..

Ketika perkahwinan aku ngan Ara mencecah 4 tahun dulu , rumahtangga kami ditimpa dugaan yang maha besar . Ara mula jatuh sakit , batuk dia makin teruk , akhirnya masuk hospital . Dan saat itulah baru aku diberitahu , Ara menghidap penyakit barah tekak . Ya Allah !!

Doktor bagitau , Ara sebenarnya dah lama kena barah tu , penyakit yang akan buat dia selalu batuk , dan terpaksa menahan sakit bila bercakap ! Aku rasa bagai kena tusuk dengan anak panah yang tumpul bila dengar benda tu !! Patut la Ara jarang sangat bercakap . Kenapa dia tak bagitau aku ??

Doktor tu cakap lagi , penyakit tu makin lama makin teruk , dan bagi effect kat jantung .Sebab pernafasan dia selalu kurang dari sepatutnya . Jantung jadi lemah . So itulah yang menyebabkan Ara jatuh sakit . Jantung dia sekarang makin rosak akibat barah tu .

Jadi camne dia boleh ajar anak aku mengaji ? Doktor tu bagitau , memang ada ubat untuk diminum sebagai pelincir dalam tekak . Tapi hanya kurangkan rasa sakit , dan ia bertahan kejap je . Tapi Ara tak boleh selalu minum , sebab ubat tu sangat mahal !!

Aku buntu !!

Masa itulah baru aku terfikir , kami tak pernah bertikah lidah , tak pernah bergaduh . Mungkin itu hikmah dia . Tapi aku tak sedar selama ni . Aku asyik tinggalkan dia , bergembira dengan perempuan lain . Dia pula sanggup tanggung derita setiap kali perlu menjawab pertanyaan aku . Dan tak pernah luahkan derita kat aku .

Jantung Ara dah lemah sangat , doktor kata mungkin Ara tak dapat bertahan lama . Aku menangis depan doktor tu puas-puas , walaupun doktor perempuan . Aku dah tak kisah . Aku menyesal dengan cara aku layan Ara selama ni .

Dia dah bagi aku macam-macam , jaga makan minum , pakaian aku , ajar anak kami mengaji , memang tak pernah lawan apa aku cakap , apa aku suruh . Aku suruh dia berhenti kerja dulu , dia ikut . Walaupun kat rumah dia tetap baca buku pasal ubat-ubatan ! Dia minat sangat dengan kerja dia . Maafkan abang Ara ..

Bila balik rumah nak mandi kejap , aku sempat tengok balik kenangan-kenangan kami . Aku belek-belek terjumpa kotak hantaran masa kami kawin dulu . Ada satu kotak jam , jam yang aku pakai sekarang . Aku terkejut bila ada sehelai kertas dalam tu . Mula-mula ingat kertas resit , tapi rupanya sepucuk surat !

1 Julai 2007 ,

Buat suami yang baru ku punya ,
Terima kasih kerana menawarkan cintamu ,
Yang ku tunggu-tunggu sejak kita mula bertemu dulu ,
Ara memang cinta padamu ,
Dan Ara menangis bila abang melamarku

Buat suamiku yang baru ku punya ,
Luaranku mungkin nampak sempurna ,
Luaranku mungkin ramai yang terpesona ,
Tapi diriku bukanlah sesempurna abang sangka ,
Kerna suaraku bukan kepunyaan kita

Buat suamiku yang baru ku punya ,
Andai abang ingin melihat Ara ketawa ,
Ara hanya mampu tersenyum pada abang ,
Andai abang mahu Ara berjenaka ,
Mungkin Ara akan menangis di bahu abang ,
Kerana Ara tak mampu berbicara ,
Seperti orang lain berbicara ,
Kerana Ara tak mampu ketawa ,
Seperti orang lain ketawa

Jika membaca surat ini akan meleburkan cinta abang ,
Ara pasrah dan rela abang menjauhi ,
Jika membaca surat ni Ara tetap di hati abang ,
Ara sujud sejuta syukur pada Ilahi ..

Yang benar ,

Isteri yang menyanjungmu ..

*Ara selitkan surat ini dalam kotak jam abang , semoga abang mudah terlihat surat ini .

Berderai lagi airmata jantan aku . Kenapa aku tak terbaca surat ni 4 tahun dulu ? Kenapa aku tak tau penderitaan Ara awal-awal dulu ? Kenapa baru sekarang ? 4 tahun usia perkahwinan kami , Ara beri aku segala-galanya dan paling penting dia bagi seorang anak yang comel dan bijak . Tapi apa yang pernah aku bagi kat Ara ?

Mulai saat tu aku jaga Ara sepenuh hati . Hari-hari memang kerja ulang alik hospital . Masuk ofis pon kejap-kejap . Anak aku bagi kakak Ara yang jaga . Masa tu aku dah serabai giler . Sangat tak terurus . Baru aku sedar pentingnya Ara dalam hidup aku .

Dalam keadaan Ara yang sangat lemah , aku minta kebenaran doktor untuk bawa dia melancong . Aku nak temani dia puas-puas . Aku nak bahagiakan dia dalam sisa-sisa hayat dia . Biar dia terlupa akan derita dia . Saat itu dia menangis kat bahu aku . Sejak dia sakit kami hanya berbalas tulisan kat kertas dan kertas-kertas tu aku kan simpan sampai bila-bila .

Dia tulis dia tak menyesal kawin dengan aku . Dia tulis sangat bahagia hidup dengan aku . Siap cuba lukis gambar orang senyum . Ya Allah hari-hari itu kami sangat bahagia . Namun Ara dah makin lemah . Aku dah tak mampu tengok dia derita . Setiap kali dia nak tarik nafas , sangatlah azab pada aku melihatnya .

"Ya Allah , jika Kau masih panjangkan hayat isteriku , Kau berilah separuh kesengsaraannya , biar kurang kesengsaraannya Ya Allah .. Tapi jika hanya kematian yang dapat mematikan sengsara isteriku , aku radha Ya Allah .."

Aku tak tahu apa lagi boleh aku buat . Aku bacakan Yaasin di telinganya berulang-ulang , biarkan anak kami di pangkuan memeluk-meluk ibunya .

Akhirnya Tuhan menjemputnya kembali . Aku pasrah . Kesedihanku terubat bila ku melihat dia pergi dengan tenang . Sempat ku ajarkan Syahadah dan dahinya berpeluh jernih . Lalu ku kucup buat kali terakhir ..

Kini , hampir 5 tahun perkahwinan kami , tinggal aku dengan Hafiz , dengan helaian-helaian terakhir tulisan Ara ...






No comments:

Post a Comment